Rabu, 13 April 2011

Majlis Perkahwinan Hasfizie dan Norliza

Pada tanggal 09hb. April 2011 (Sabtu) adalah hari bersejarah buat Hasfizie & Norliza kerana ditarikh keramat ini mereka berdua telah diijabkabulkan menjadi pasangan suami-isteri yang sah disisi ugama islam.

Pada sebelah malam hari yang sama pengantin perempuan telah merakamkan pertukaran pakaian sebanyak 3 pasang (baju songket, baju komino, dan sari) sungguh menawan pengantin perempuan ketika mengayakan pakaian tersebut untuk dirakamkan oleh jurugambar untuk diabadikan sebagai kenangan sepanjang hayat.

Pada 10hb. April 2011(Ahad) majlis kenduri kahwin dijalankan, para temamu mula memenuhi ruang menjamu selesa mulai tepat jam 12.00 tengahari. Menu pada hari tersebut daging masak kurma, ayam berempah, gulai dalca dan buah-buahan, makan yang dihidangkan sungguh menyelerakan para tetamu.

Tepat jam 1.45 petang ketibaan pengantin lelaki kerumah pengantin perempuan dengan pukulan kompang yang dibawa khas daripada jinjang, pengantin lelaki berpakaian serba lengkap bak pahlawan melayu telah diarak menemui pengantin perempuan yang siap menunggu untuk menuju ketempat pesandingan yang telah disediakan.

Majlis diserikan lagi dengan upacara menepung tawar kedua-dua mempelai oleh kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Majlis menepong tawar dimulai oleh bonda dan ayahanda pengantin perempuan dan diikuti oleh saudara mara yang lain.

Untuk mengakhiri majlis perkahwinan ini diadakan majlis memotong kek oleh kedua-dua mempelai dijalankan dan jurugambar merakamkan gambar kenangan buat mereka berdua.

Selamat Pengantin Baru buat Muhammad Hasfizie dan Norliza, semoga berbahagia hingga keanakcucu.

Klik link dibawah untuk gambar online





Klik link di bawah untuk menonton video pernikahan


Klik link di bawah untuk menonton video perkahwinan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan