Isnin, 2 Mei 2011

Majlis Perkahwinan Mohd Alif dan Nor Munirah

Pada tanggal 01hb Mei 2011 (Ahad) bersamaan Hari Pekerja, En. Mohd Yunus dan Puan Norlia Haji Shaari telah melangsungkan perkahwinan anak perempuan mereka Nur Munirah dengan Mohd Alif dikediaman mereka beralamat Kampong Batu 8, Tanjung Tualang, Perak.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu yang melebihi 1000 orang mengunjungi majlis perkahwinan puteri sulung mereka Nur Munirah Mohd Yunus. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran anggota kompang daripada Batu 4, Batu Gajah, Perak dengan pesembahan yang menarik daripada mereka.


Menu jamuan makan tengahari untuk para tetamu ayam goreng berempah, daging masak hitam, gulai dalca, ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman beserta ayam masak merah... sungguh menyelerakan para tetamu yang hadir pada hari tersebut.


Tepat jam 1.45 petang ketibaan rombongan daripada pihak pengantin lelaki kerumah pengantin perempuan Kampong Batu 8, kemudian pihak pengantin lelaki diarak dengan paluan kompong hingga sampai kejinjang pelamin yang telah disediakan. Selepas majlis persandingan dan majlis menepung tawar kedua-dua mempelai dijalankan, kedua-dua pengantin diraikan dalam majlis makan beradap.


Majlis diakhiri apabila kedua-dua mempelai memotong kek perkahwinan yang telah disediakan dihari yang berbahgia ini.


Disini saya Abd Aziz Bin Shaari bapa saudara kepada pengantin perempuan mengambil kesempatan mengucapkan selamat pengantin baru semoga kekal hingga keakhir hayat...amin.


Sila klik link di bawah untuk menonton keseluruhan Video Majlis Perkahwinan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan