Selasa, 15 November 2011

Majlis Perkahwinan Ahmad Shahir & Aisyah

Pada tanggal 12hb Nov 2011 En. Yuanus dan Puan Norliya menerima seorang lagi menantu lelaki selepas anak perempuan mereka yang kedua Aisyah melangsungkan perkahwinan dengan Lt. (L) Ahmad Shahir.


Majlis bermula dengan akad nikah pada 11hb Nov 2011 (Jumaat) yang berlangsung dimasjid kampong Bt. 8, Tanjung Tualang Perak, selepas selesai solat maghrib. Selepas selesai akad nikah dan selepas solat isyak jamuan makan malam disediakan untuk para tetamu dengan menu kampong yang menyelerakan.

Keesokan harinya 12hb November 2011 (Sabtu) berlangsung majlis kenduri dan majlis persandingan kedua mempelai, para tetamu mula menghadiri majlis seawal jam 12.00 tengahari dengan majlis didahulukan dengan majlis bacaan doa selamat.


Selepas solat zohor rombangan pengantin lelaki mulai tiba dirumah pengantin perempuan dengan diiringi oleh 20 para pegawai daripada TLDM Lumut, istiadat menggarak pengantin lelaki LT. (L) Ahmad Shahir bermula sehingga keperkarangan rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki disatu bersama pengantin perempuan dan terus menuju kepentas persandingan utama. Upacara dimulakan dengan menepung tawar kedua-dua mempelai yang didahului oleh para pegawai TLDM kemudian diikut oleh kedua-dua ibubapa pengantin lelaki dan perempuan.

Selepas selesai majlis persandingan kedua-dua mempelai dibawa ketempat makan beradap, sebelum makan beradap dimulakan, sekali lagi para pegawai TLDM membuat kawalan kehormatan untuk dua-dua mempelai memotong kek perkahwinan.

Majlis Perkahwinan dan persandingan kedua-dua mempelai tamat pada jam 3.00 petang hari yang sama.

Majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 20hb November 2011 (Hari Ahad)

Gambar-gambar Majlis Perkahwinan Ahmad Shahir & Aisyah

Sila klik di sini untuk Album 1

Sila klik di sini untuk Album 2

Sila klik di sini untuk Album3

Sila klik di sini untuk Album 4

Video Majlis Perkahwinan Ahmad Shahir & Aisyah



Isnin, 2 Mei 2011

Majlis Perkahwinan Mohd Alif dan Nor Munirah

Pada tanggal 01hb Mei 2011 (Ahad) bersamaan Hari Pekerja, En. Mohd Yunus dan Puan Norlia Haji Shaari telah melangsungkan perkahwinan anak perempuan mereka Nur Munirah dengan Mohd Alif dikediaman mereka beralamat Kampong Batu 8, Tanjung Tualang, Perak.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu yang melebihi 1000 orang mengunjungi majlis perkahwinan puteri sulung mereka Nur Munirah Mohd Yunus. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran anggota kompang daripada Batu 4, Batu Gajah, Perak dengan pesembahan yang menarik daripada mereka.


Menu jamuan makan tengahari untuk para tetamu ayam goreng berempah, daging masak hitam, gulai dalca, ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman beserta ayam masak merah... sungguh menyelerakan para tetamu yang hadir pada hari tersebut.


Tepat jam 1.45 petang ketibaan rombongan daripada pihak pengantin lelaki kerumah pengantin perempuan Kampong Batu 8, kemudian pihak pengantin lelaki diarak dengan paluan kompong hingga sampai kejinjang pelamin yang telah disediakan. Selepas majlis persandingan dan majlis menepung tawar kedua-dua mempelai dijalankan, kedua-dua pengantin diraikan dalam majlis makan beradap.


Majlis diakhiri apabila kedua-dua mempelai memotong kek perkahwinan yang telah disediakan dihari yang berbahgia ini.


Disini saya Abd Aziz Bin Shaari bapa saudara kepada pengantin perempuan mengambil kesempatan mengucapkan selamat pengantin baru semoga kekal hingga keakhir hayat...amin.


Sila klik link di bawah untuk menonton keseluruhan Video Majlis Perkahwinan



Rabu, 13 April 2011

Majlis Perkahwinan Hasfizie dan Norliza

Pada tanggal 09hb. April 2011 (Sabtu) adalah hari bersejarah buat Hasfizie & Norliza kerana ditarikh keramat ini mereka berdua telah diijabkabulkan menjadi pasangan suami-isteri yang sah disisi ugama islam.

Pada sebelah malam hari yang sama pengantin perempuan telah merakamkan pertukaran pakaian sebanyak 3 pasang (baju songket, baju komino, dan sari) sungguh menawan pengantin perempuan ketika mengayakan pakaian tersebut untuk dirakamkan oleh jurugambar untuk diabadikan sebagai kenangan sepanjang hayat.

Pada 10hb. April 2011(Ahad) majlis kenduri kahwin dijalankan, para temamu mula memenuhi ruang menjamu selesa mulai tepat jam 12.00 tengahari. Menu pada hari tersebut daging masak kurma, ayam berempah, gulai dalca dan buah-buahan, makan yang dihidangkan sungguh menyelerakan para tetamu.

Tepat jam 1.45 petang ketibaan pengantin lelaki kerumah pengantin perempuan dengan pukulan kompang yang dibawa khas daripada jinjang, pengantin lelaki berpakaian serba lengkap bak pahlawan melayu telah diarak menemui pengantin perempuan yang siap menunggu untuk menuju ketempat pesandingan yang telah disediakan.

Majlis diserikan lagi dengan upacara menepung tawar kedua-dua mempelai oleh kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Majlis menepong tawar dimulai oleh bonda dan ayahanda pengantin perempuan dan diikuti oleh saudara mara yang lain.

Untuk mengakhiri majlis perkahwinan ini diadakan majlis memotong kek oleh kedua-dua mempelai dijalankan dan jurugambar merakamkan gambar kenangan buat mereka berdua.

Selamat Pengantin Baru buat Muhammad Hasfizie dan Norliza, semoga berbahagia hingga keanakcucu.

Klik link dibawah untuk gambar online





Klik link di bawah untuk menonton video pernikahan


Klik link di bawah untuk menonton video perkahwinan


Sabtu, 12 Mac 2011

Majlis Perkahwinan Helmi dan Hazwani

Pada tanggal 12hb March 2011 (Sabtu) adalah hari bersejarah buat Mohd Helmi dan Hazwani, kerana tarikh keramat ini telah menyatukan mereka menjadi suami/isteri yang sah di sisi islam.

Majlis bermula dengan akad nikah yang telah diadakan pada 11hb March 2011(Jumaat) dimasjid Bandar Tasik Puteri selepas solat Asar. Naib Kadi daerah kuang telah menikahkan mereka dengan hanya satu lafaz sahaja daripada Helmi majlis akad nikah dapat disempurnakan...alhamdulillah. Majlis

Perkahwinan/persandingan kedua-dua mempelai diadakan dirumah Puan Hasnah Othman di No 33, jalan hijau 3/2, GVP, BTP, Rawang Selangor pada 12hb Macrh 2011 (Sabtu). Ruang-ruang makan mula dipenuhi oleh para jemputan mulai seawal jam 11.45 pagi, dijangka jemputan yang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan puan hasnah melebihi daripada 1000 orang.

Acara dimulai dengan majlis Khatam Quran oleh pengantin perempuan mulai jam 9.30pagi hingga jam 11.00pagi. Pihak pengantin lelaki sampai kerumah pengantin perempuan tetap jam 12.30 tengahari acara persandingan dimulakan dengan keluarga kedua-dua belah pihak merenjis dan menepung tawar kedua-dua mempelai sungguh meriah acara ini. Selepas upacara persandingan kedua-dua mempelai menuju ketempat makan beradap yang telah disediakan oleh sebelah pihak pengantin perempuan.

Tepat jam 2.00petang kedua-dua mempelai meneruskan acara memotong kek yang disaksikan oleh para tetamu yang datang kemajlis ini. Yang lebih menceriakan lagi majlis ini kedua-dua mempelai telah berganding suara berkaraoke dengan membawa 2 buah lagu pilihan mereka. Majlis perkahwinan menutup tirai tepat jam 4.00 petang, kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada mohd helmi dan hazwani semoga bahagia hingga keanakcucu.

Klik link di bawah untuk Siri Video Majlis Perkahwinan Helmi & Hazwani

Klik Link Di bawah Untuk Menonton Video Pernikahan DiMasjid BTP


Klik Link Di bawah Untuk Menonton Majlis Khatam Quran


Klik Link Di bawah Untuk Menonton Majlis Perkahwinan & Persandingan



Isnin, 7 Mac 2011

Majlis Perkahwinan Hafiz dan Ika



Pada tanggal 05hb March 2011 (Sabtu) adalah hari bersejarah buat Hafiz & Ika, dimana mereka berdua telah diijabkabulkan menjadi pasangan suami dan isteri yang sah.


Majlis Pernikahan telah diadakan dimasjid di Sentul pada 05hb March 2011 jam 10.30pagi oleh naib kadi yang bertugas pada masa tersebut. Dalam majlis yang dihadiri oleh kedua belah keluarga majlis pernikahan berjalan dengan lancar dimana hanya dengan satu lafaz nikah sahaja hafiz dan ika kini bergelar suami dan isteri yang sah, semoga mereka berbahagia hingga keakhir hayat.


Majlis kenduri untuk meraikan kedua-dua mempelai telah diadakan disebelah malam di taman tasik titiwangsa, kuala lumpur bermula daripada jam 8.30 malam hingga jam 10.30malam. Majlis tersebut dianggarkan telah dihadir lebih daripada 700 para tetamu yang terdiri daripada saudaramara kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan kenalan jauh dan dekat.


Majlis diserikan lagi dengan perarakan kedua-dua pengantin diiringi paluan kompang untuk majlis persandingan. Dengan memakai baju serba putih kelihatan kedua-dua mempelai bak pinang dibelah dua, sama cantik dan sama padan semasa persanfingan dijalankan.

Pada jam 10.30 malam majlis perkahwinan Hafiz dan Ika menutup tirai.... Diucapkan Selamat Pengantin Baru Buat Hafiz & Ika, Semoga berbahagia hingga keanakcucu...AMIN

Sila Klik Di sini untuk gambar Album 1
Sila Klik Di sini untuk Gambar Album 2

Sila Klik Link dibawah untuk menyaksikan Video Perkahwinan Hafiz & Ika
Video 1, Video 2, Video 3, Video 4, Video 5, Video 6, Video 7, Video 8, Video 9

Ahad, 9 Januari 2011

KEM REMAJA KRT BLOK 28 DI TERATAK RIVERVIEW, TANJUNG MALIM, PERAK

KRT kediaman rose telah menganjurkan kem remaja pada tanggal 25/26hb Dis 2010 di Teratak Riverview Tanjung Malim. Sambutan yang diterima daripada para remaja blok 28 amat menggalakkan yang mana penyertaan yang diterima diluar jangkaan pihak KRT. Seramai 51 para remaja dan 29 AJK KRT/Pasangan telah mendaftar untuk program tersebut.

Objektif utama KRT menganjurkan program ini bertujuan untuk menyatupadukan semua remaja diblok 28 agar dapat bekerjasama dalam apa jua bidang yang bakal mereka ceburi nanti. Selain itu pihak KRT bercadang untuk mengujudkan AJK Jiranmuda KRT kediaman rose bagi membantu KRT menjalankan program yang melibatan remaja dikawasan ini.

Para peserta program dan AJK KRT mula berkumpul dibilik gerakan krt pada seawal 7.30pagi, selepas sarapan pagi para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan besar seramai 10 orang mengikut pelbagai umur daripada 13 hingga 17 tahun, Sebelum bertolak Imam Yusri membacakan doa selamat tepat jam 9.30pagi peserta menaiki bas untuk menuju kedistinasi. Perjalanan daripada Blok 28 ke Teratak Riverview dianggarkan 65km dan sampai kepoint A (tempat turun} tepat jam 10.35pagi. Para peserta dibawa masuk kedistinasi teratak riverview dengan menaiki kereta pickup dan lori sejauh 3.5km daripada tempat point A {tempat turun bas}.

Sesampai mereka ke teratak riverview para peserta disambut oleh en. Hakim tuan punya resort dan dibawa terus ketapak perkhemahan dan para peserta diajar bagaimana untuk mendirikan kem oleh jurulatih teratak riverview. Setelah khemah siap dirikan. para peserta sekali lagi diberi taklimat lanjut oleh Puan Habibah Baharuddin mengenai persiapan dan apa yang perlu dilakukan serta pengenalan dan tujuan utama kursus kem remaja ini.

Selepas Makan tengahari dan solat zohor para peserta akan menjalankan latihan merempoh halangan, dalam latihan ini para peserta didedahkan bagaimana cara untu bekerjasama dalam satu kumpulan. Di dalam latihan ini juga para peserta diajar menghadapi cabaran yang telah disediakan secara bekerjasama daripada peringkat permulaan hingga peringkat terakhir, kumpulan yang sampai dengan kesemua keseluruhan ahli akan dikira sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Pihak KRT telah menyediakan hadiah berupa hamper untuk dikongsikan bersama-sama satu kumpulan. Latihan merempoh halangan ini ditamatkan pada jam 5.30petang. Sungguh mencabar bagi para peserta kem remaja.

Pemenang tempat pertama acara ini daripadai kumpulan C diikuti oleh kumpulan B tempat kedua dan tempat ketiga daripada kumpulan E. Walau bagaimana pun kumpulan yang berada dtempat ke 4/5 juga akan menerima hadiah yang juga berupa hamper untuk dikongsikan bersama ahli kumpulan.

Semua peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing ditempat permulaan selepas solat isyak bagi menjalankan latihan kedua nightwalk dimana para peserta dibenarkan membawa lampu suluh bagaimana pun penggunaanya terhad mengikut arahan jurulatih. Dalam latihan ini juga para peserta memerlukan semangat kerjasama yang tinggi secara berpasukan untuk mengharungi halangan yang perlu dihadapi. Pelbagai ragam telah ditunjukkan oleh para peserta ada yang berasa takut ada yang terlalu berani dan pelbagai aksi yang melucukan telah ditunjukkan oleh para peserta.Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan jati diri dan semangat berpasukan. Latihan nightwalk ditamat pada jam 11.30 malam. Para peserta dibenarkann mandi untuk membersihkan diri sebelum tidur.

Sebelum tidur para peserta juga dihidangkan BBQ yang telah disediakan oleh AJK KRT/Jiranita KRT blok 28 yang berupa ayam dan sossej serta kambing, nampaknya begitu berselera para peserta kita menikmati hidangan malam mereka.

Keesokan hari tepat jam 5.00pagi para peserta telah dikejutkan untuk mengerjakan sembahyang subuh berjemaah yang akan di imankan sendiri oleh para peserta yang mengikuti kem remaja. Selepas solat subuh berjemaah para peserta berkemas membersihkan kawasan pesekitaran kem sebelum minum pagi. Selepas minum pagi satu sesi public speaking dikendalikan oleh Puan Habibah & Puan induk. Para peserta didedahkan bagaimana nak memulakan percakapan tetapi di dalam bahasa inggeris.

Selepas sarapan pagi sekali lagi para peserta akan berkumpul mengikut kumpulan masing-masing untuk mengikuti latihan water tubing yang akan diadakan disungai kem riverview. Dalam latihan ini para peserta juga perlu memiliki semangat tinggi dan bekerjasama secara berpasukan. Dalam latihan ini para peserta telah menunjukkkan semangat dan keyakinan diri yang tinggi untuk bekerjasama dalam pelbagai halangan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

Syabas anak muda blok 28 anda telah menunjukkan semangat juang yang kental bagi ketiga-tiga latihan yang telah dijalankan dengan menunjukkan semangat setia kawan di antara satu sama lain.

Keseluruhan latihan ditamatkan pada jam 12.30 tengahari, peserta dibenarkan mandi untuk membersihkan diri disungai teratak riverview, selepas itu para peserta mengerjakan solat secara berjemaah diikuti makan tengahari dan tepat jam 2.30 petang semua peserta dan AJK KRT meninggalkan teratak riverview dan sampai dibilik gerakan KRT tepat jam 3.40 petang.

Dari Lensa Jurugambar Nazzari Abd Rahman
Klik di sini untuk Kem Remaja KRT Kediaman Rose ALBUM 1
Klik di sini untuk Kem Remaja KRT Kediaman Rose ALBUM 2
Klik di sini untuk Kem Remaja KRT Kediaman Rose ALBUM 3

Dari Lensa Jurugambar Adnan Mahmood
Klik di sini untuk Kem Remaja KRT Kediaman Rose ALBUM 4
Klik di sini untuk Kem Remaja KRT Kediaman Rose ALBUM 5
Klik di sini untuk Kem Remaja KRT Kediaman Rose ALBUM6

Sila klik link dibawah untuk senarai video Kem Remaja Kediaman Rose 2010
Video 1, Video 2, Video 3, video 4, Video5, Video 6, Video 7, Video 8
Video 9, Video 10

Rabu, 9 Jun 2010

Sukaneka Kediaman Rose 2010

SUKANEKA KEDIAMAN ROSE (BLOK 28) 2010

Sukaneka Kediaman Rose 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 29/05/2010 , Sabtu bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Objektif utama penganjuran Sukaneka adalah untuk memupuk perpaduan dan mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk kediaman Rose , Blok 28 disamping mewujudkan aktiviti riadah yang melibatkan semua peringkat umur.

Pihak AJK telah membuat perancangan rapi dan berusaha keras untuk mendapatkan tajaan bagi menjayakan program Sukaneka ini.

Antara Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

Acara Individu Kanak-kanak: (Penyertaan adalah untuk kategori umur 5 hingga 6, 7 hingga 9 tahun dan 10 hingga 12 tahun):
• Peraduan mewarna, Tiup belon dan Cari/Rebut Gula-Gula
Acara Individu Wanita Dewasa
• Anyaman Ketupat
• Memasukkan manik menggunakan benang.

Acara Berpasukan :
1. Isi air dalam botol
2 . Lari berganti-ganti bawa belon
3. Lari dalam guni
4. Lari ikat 2 kaki
5. Bawa bola ping pong dalam sudu
6. Baling bola ke dalam bakul
7. Golek tayar
8. Gelung rotan,
9. Timbang bola takraw
10. Timbang bola takraw
11. Baling belon air paling jauh
12. Boling Kelapa
13. Jaringan jarak jauh
14. Jaringan jarak jauh

Acara Kemuncak:
Pertandingan tarik tali terbuka.

Pihak KRT berharap agar program SUKANEKA akan menjadi acara tahunan memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dari semua penduduk yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Pihak KRT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja yang bermurah hati menyumbang pelbagai barangan dan kewangan untuk menjayakan program ini dan juga kepada AJK KRT yang bertungkus lumus dan berkerja keras untuk memastikan kejayaan program ini samada secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya permuafakatan dan usaha tanpa jemu pastinya membawa kejayaan.
Video Sukaneka 2010